Friday, 11 March 2016

PERMULAAN KERJAYA USAHAWAN

Apakah yang perlu dikumpulkan untuk menjadi usahawan berjaya
Untuk tidak memanjangkan entri ini dan menjadikannya membosankan, saya teruskan kepada perkara asas yang perlu anda kumpulkan sepanjang perjalanan menjadi usahawan berjaya:

  1. Ilmu – Menjadi usahawan berjaya memang susah, ianya menjadi lebih susah seandainya anda bodoh. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak mungkin yang mampu digunakan untuk melaksanakan apa yang anda mahu lakukan. Tak ada alasan sekarang ini untuk mendapatkan ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan tabiaat membaca sebagai darah daging. Baca buku, baca internet dan belajar daripada sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat Read more>>
  2. Semangat – Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan kemana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk mengaktifkan diri samada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.
  3. Kesabaran – Semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! apa saja bermakna tidak semestinya urusan perniagaan sahaja. Anda tak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.
  4. Kepercayaan – Tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan membina kepercayaan. Oleh itu bina data pekercayaan sebanyak mungkin dalam minda selagi hayat dikandung badan.
  5. Kawan – Ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana desakan kehidupan zaman moden ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada semua usahawan. Dengan kawan kita kogsikan masalah, kejayaan, peluang dan lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan untuk berjaya.
  6. Kenalan – Dari kenalan kita bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.
  7. Modal – Selain dari wang, kemahiran adalah modal yang jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Malah dengan kemahiran modal akan datang bergolek di depan mata.

  8. Idea – Idea tak akan datang jika otak tidak digunakan untuk berfikir secara kritis. Luangkan masa berfikir secara sistematik dengan menggunakan pen dan kertas. Aktiviti berfikir perlu menjadi rutin usahawan sekurang-kurang sejam setiap hari.
  9. Kegagalan – Kegagalan bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza.
  10. Kejayaan kecil – Kejayaan kecil perlu dikumpul sepanjang masa. Jangan pandang remeh akan semua kejayaan yang sekecil-kecilnya sekalipun ianya hanyalah sekadar berjaya membantu mengambil pen orang yang terjatuh. Raikan kejayaan kecil kerana ia membina rekod kepuasan dan keazaman untuk terus berjaya.
SELAMAT BERAMAL.....!!!!




No comments:

Post a Comment