TUGASAN 1 (A) : CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
MENGIKUT TOKOH
RANGKAIAN
Rangkaian
merupakan satu peralatan perniagaan yang mempunyai peranan penting untuk
kejayaan seseorang usahawan. Hubungan rangkaian yang baik boleh memudahkan
mereka untuk mendapatkan sokongan serta kerjasama dari rangkaian mereka. Jika
usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna dalaman dan luaran, ia
akan memudahkan usahawan memperolehi kebaikan terhadap peluang perniagaan dan
dapat menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Sebagai contoh,
usahawan boleh mendapatkan sokongan dari segi tenaga kerja, bahan mentah, dan
wang untuk memajukan perniagaannya. Oleh hal yang demikian, usahawan harus
membina kemahiran rangkaian supaya rangkaian tersebut dapat menjadi pemangkin
kepada pencapaian matlamat perniagaan (Oum, 2011) .
Sebagai
contoh, Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang dikenali sebagai Tony Fernandes
merupakan salah satu usahawan yang mempunyai ciri rangkaian dalam
perniagaannya. Beliau merupakan pengasas “Tune Air Sdn. Bhd.” Yang
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada pelanggan. Beliau telah membuat
slogan iaitu semua orang boleh naik kapal terbang. Misi AirAsia adalah mencapai
tambang termurah sehingga semua orang boleh terbang bersama AirAsia sementera
menjaga kualiti tertinggi, memanfaatkan teknologi untuk mengurangkan kos dan
meningkatkan layanan. Read more>>
AirAsia
bersaing dengan menawarkan produk dan perkhidmatan pada harga yang murah dan
kualiti yang baik. AirAsia melayan pelanggan dengan hormat dan kefahaman.
AirAsia juga melindungi maklumat peribadi pelanggan kecuali mereka bersetuju
untuk mengkongsikan maklumat peribadi mereka. AirAsia memilih pembekalnya
dengan adil dan saksama. Pemilihan pembekal harus mengikuti peraturan dan garis
panduan yang mantap. Pelaburan wang haram adalah dilarang dan tidak sah.
AirAsia bertanggungjawab untuk menghalang pelaburan wang haram berlaku di
AirAsia. Hal ini disebabkan pelaburan wang haram adalah tidah sah dan bahaya
akan mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan imej AirAsia. Jika imej AirAsia
terjejas, pelabur akan tidak yakin terhadap AirAsia dan tidak melabur di
AirAsia.
Tony
Fernandes juga menggunakan rangkaian untuk mengembangkan perniagaannya di
Thailand dan Indonesia. Hubungan dan rangkaian yang baik telah menjalinkan
syarikat AirAsia dengan beberapa buah syarikat penerbangan. Komunikasi di
Thailand dan Indonesia telah membuka peluang syarikat AirAsia untuk meluaskan
perniagaan di rantau Asia.
Selain
itu, Tony Fernandes juga mengembangkan rangkaiannya melalui Internet. Dalam era
teknologi maklumat yang berkembang pantas, ramai orang menggunakan Internet.
Beliau mengambil kesempatan ini dengan menawarkan pembelian tiket secara atas
talian. Langkah ini dapat mengurangkan kos dan pengurusan kaunter tiket serta membolehkan
pelanggan membuat tempahan dengan mudah.
BERANI MENGAMBIL RISIKO
Risiko
bermaksud cabaran atau kemungkinan yang menyebabkan kerugian atau bahaya
dalam sebuah perniagaan. Orang yang berani mengambil risiko ialah seseorang
yang berani untuk mengambil risiko semasa membuat suatu keputusan. Secara
teorinya, risiko yang diambil semakin tinggi, maka pulangannya semakin besar.
Oleh itu, seseorang usahawan perlu menilai dan memperincikan risiko bagi setiap
keputusan. Jika risiko tidak diperhitungkan, usahawan mungkin akan mengalami
kerugian yang besar.
Sebagai
contoh, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan salah satu usahawan yang berani
mengambil risiko. Sebelum membangun Genting, beliau pernah menceburkan diri
dalam pelbagai bidang. Semasa penjajahan Jepun, beliau pernah menjadi petani,
peniaga kecil dan penjual besi buruk serta perkakasan. Selepas penjajahan
Jepun, permintaan bagi jentera berat meningkat disebabkan oleh beroperasi
semula bidang perlombongan dan getah. Beliau mengambil kesempatan ini untuk
terlibat dalam perdagangan jentera terpakai (second-hand machinery) dan berjaya
mendapat keuntungan yang lumayan. Keluarga beliau memiliki sebuah pembinaan
syarikat yang bernama Kien Huat Private Limited dan syarikat tersebut terkenal
kerana telah meyelesaikan banyak projek utama yang berjaya. Namun begitu,
beliau juga pernah menghadapi kebankrapan apabila berurusan Rancangan Pengairan
Kemubu (Ukessays, 2015).
Suatu
hari, semasa beliau makan malam di Cameron Highland, beliau melahirkan idea
untuk membina Genting Highland. Selepas itu, beliau mula mencari dan mengumpul
maklumat serta membuat keputusan bahawa Genting Sempah merupakan tempat yang
paling sesuai untuk membina sebuah resort di puncak bukit. Beliau telah
membelanja semua hartanya untuk projek ini. Beliau juga mengetepikan semua
komen negatif yang daripada rakan dan saudara-maranya. Genting mendapat lesen
Casino yang pertama selepas Tunku Abdul Rahman.Projek Genting telah siap pada
Januari1971 dan memulakan perniagaan pada Mei 1971.
Idea
untuk membina sebuah resort di puncak bukit adalah sangat mahal dan hasilnya
tidak terjamin. Beliau telah menghabiskan semua hartanya demi menjalankan
projek Genting. Beliau meramalkan suatu hari nanti, rakyat Malaysia akan
mempunyai keinginan untuk pergi ke resort yang berada di gunung yang sejuk pada
masa percutian. Hal ini disebabkan cuaca di Malaysia yang panas dan mempunyai
kestabilan ekonomi. Beliau sangat berani dan berhati-hati untuk menjalankan
projek ini (Ukessays, 2015) . Oleh itu, usahawan perlu menilai
risiko bagi setiap usaha yang diterokai.
PEMERHATI
Usahawan
yang mempunyai sikap memerhati untuk meramalkan apa yang sedang berlaku dan apa
yang bakal berlaku pada masa depan. Apabila usahawan dapat melihat dengan lebih
jauh, mereka dapat tahu apa yang perlu mereka bentuk, analisis dan
mempertimbangkan untuk mencapai matlamat mereka. Dengan ini, usahawan dapat
membuat rancangan dengan lebih teliti untuk jangka masa panjang. Hal ini
disebabkan mereka mampu untuk meramalkan perkara itu akan memberi keuntungan
atau kerugian sebelum ia berlaku.
Sebagai
contoh, Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin merupakan seorang usahawan yang
mempunyai ciri pemerhati. Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin berusia 55
tahun. Sejak 9 Disember 2011, beliau merupakan Pegawai Eksekutif Presiden dan
Ketua Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas Sapura Kencana Petroleum
Berhad (Tim, 2013) .
Shahril juga adalah presiden dan ketua pegawai eksekutif
Kumpulan Sapura, syarikat yang terlibat dalam bidang perkhidmatan minyak dan
gas, teknologi komunikasi, pembangunan dan pengurusan hartanah, industri dan
pembuatan komponen automotif dan pendidikan.
Tan
Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin juga merupakan Ketua Presiden dan Kumpulan
Pegawai Eksekutif Sapura Group, perniagaan yang lama bertapak di Malaysia sejak
tahun 1975 dengan pelbagai portfolio yang terdiri daripada penerbangan,
pendidikan pembangunan, dan pengurusan hartanah, industri dan pembuatan
komponen automotif serta terjamin teknologi komunikasi. Beliau juga berkhidmat
sebagai Timbalan Pengerusi Sapura Industrial Berhad dan Pengarah bukan
eksekutif Sapura Resources Berhad.
Pada
umur 30 tahun, Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin telah mula mendapatkan
kepimpinan di Syarikat Ahli bapanya. Beliau percaya bahawa baliau perlu
mencapai kejayaan yang lebih besar kerana ia telah menjadi sebahagian daripada
peranannya. Beliau melihat bapanya sebagai mentor yang menyiapkan dia untuk
memegang tanggungjawab yang lebih besar (Tee & Ooi, 2013) . Hal ini disebabkan
beliau melihat bapanya bekerja keras untuk satu matlamat, iaitu untuk memberi
pendidikan kepada anak-anaknya dan ini menjadi satu dorongan untuk menggalakkan
beliau menjadi orang yang seperti bapanya.
Beliau
membina sebuah persatuan yang memegang kualiti memkhusus yang tinggi dan
memberikan kehormatan yang terbaik kepada pelanggan. Beliau merupakan seorang
yang berpandangan jauh kerana beliau akan membuat satu sistem yang besar tetapi
tidak ada perwatakan. Pada akhir tahun sembilan puluhan, hampir tidak ada
pembekal minyak dan perkhidmatan gas syarikat, tetapi negara ini merupakan
pengeluar minyak.
Tan
Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin dan ahli pasukannya telah membentuk satu pasukan
yang besar dan mengisi jurang. apabila banyak syarikat berminat dalam Teknologi
Maklumat (IT), beliau dan ahli pasukannya keluar dari bidang tersebut dan
memasuki subjek petroleum dan petrol. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka
tidak dapat memahami tentang kerja.
Kesimpulannya,
Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin sangat diperhatikan bukan sahaja di
pelanggan tetapi juga tentang perwatakan beliau. Beliau tidak terlibat dalam
bidang IT dan memilih bidang petroleum dan petrol kerana beliau tahu ia
mempunyai potensi besar untuk berkembang. Hal ini merupakan seseorang usahawan
yang mempunyai ciri pemerhati.
BERWAWASAN
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, berwawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh
tentang kemajuan dan perkembangan pada masa depan.
Sebagai
contoh, Dr. Vida merupakan seorang yang sangat minat berniaga. Seawal usia
sembilan tahun, beliau mula menjual nasi lemak dan kuih muih. Pada usia 12
tahun, beliau menjual barangan kecantikan dan berterusan sehingga melanjutkan
pelajaran ke universiti. Dr. Vida mengata bahawa dia telah melakukan pelbagai
jenis pekerjaan untuk mendapatkan duit (Utusan , 2015) .
Seawal
darjah tiga beliau sudah mula berniaga kerana beliau bercita-cita tinggi ingin
memiliki segala-galanya seperti kereta, motosikal, dan rumah sendiri apabila
dewasa nanti. Hal ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang
bermatlamat dan berwawasan. Beliau pernah bekerja di kilang, menjual pokok
bongsai, dan bekerja di restoran makanan segera.
Beliau
seorang yang suka cabaran, beliau memberitahu bahawa segala yang dilakukan
adalah kehendak diri sendiri dan amat bersyukur kerana keluarganya sentiasa
menyokong beliau. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan
& Perniagaan di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang. Beliau pernah
menjadi cikgu selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam, Perak.
Walaupun beliau sudah ada pendapatan bulanan yang tetap sebagai guru, namun
minat untuk berniaga tidak pernah terpadam (Sinar, 2016) . Beliau seorang yang
berwawasan kerana sanggup meletak jawatan cikgu untuk memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap perniagaan yang diusahakan.
Beliau
menawarkan produk jenama Vida Beauty yang terdiri daripada sabun, krim siang,
dan krim malam. Pada tahun 2010, beliau mengeluarkan minuman kesihatan iaitu
Pamoga dengan
harapan ingin melawan pasaran
antarabangsa. Produk tersebut yang dihasilkan daripada gamat dan buah delima
mendapat sambutan dan kekal sehingga hari ini. Selepas Pamoga dilancarkan,
beliau membuat perancangan seterusnya dengan mengeluarkan minuman untuk
pencerahan pada tahun 2013.
Pada
5 Ogos 2013, anak-anaknya terkorban dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat.
Perkara yang lebih menyayat hati ialah dua anaknya Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri
pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, iaitu lima hari sebelum umat Islam
menyambut 1 Syawal (Abdullah, 2015) . Beliau terlalu
sedih hingga menjadi sugul dan menyepikan diri selama setahun lebih akibat
daripada peristiwa tersebut. Namun begitu, beliau berjaya mengatasi
segala-galanya.
Sekarang,
Dr. Vida berniat untuk membina hotel bertaraf enam bintang yang bernilai RM280
juta. Dr. Vida bernamakan hotel ini sebagai Hotel Pamoga Qu Puteh The Red
Warriors (PQPTRW) dalam satu usaha beliau
menjadikan satu pasukan bola sepak itu lebih maju setanding dengan kelab bola
sepak Eropah dari segi kemudahan. Hotel yang dilaporkan ialah setinggi 19
tingkat dan bakal dibina di tanah 0.7 hektar berhampiran dengan Stadium Sultan
Muhammad IV di Kelantan. Hotel ini akan dilengkapi dengan kompleks sukan yang
menyediakan kemudahan permainan tenis, boling, dan golf serta kafe dan masjid (Zainuddin, 2016) .
Kesimpulannya, Dr. Vida merupakan seorang yang berwawasan
kerana beliau mempunyai
pandangan yang jauh tentang kemajuannya dan perkembangan perniagaannya pada
masa depan.
KESANGGUPAN UNTUK BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Seorang usahawan yang
berjaya sanggup menerima kegagalan dalam perniagaan sebagai satu keperluan
untuk mencapai kejayaan. Seseorang usahawan akan dapat membelajari pengajaran supaya
kesilapan yang sama tidak diulangi untuk menujuk ke arah kejayaan.
Sebagai contoh, Steve Jobs
merupakan seorang yang sanggup belajar daripada kesilapan. Steve Jobs ialah
seorang usahawan yang menarik kerana amat inovasi, tetapi juga kerana kemunculan
beliau semula dari kegagalan (Demers, 2014) . Steve Jobs lahir pada 24 Februari 1955
di San Francisco, California, USA. Pada tahun 1974, Steve Jobs diupah sebagai
juruteknik di syarikat merekabentuk circuit board, Atari. Beliau mengasah
kepiawaian tentang komputer di syarikat tersebut. Pada tahun 1976, Steve Jobs
mengajak kawan lamanya Steve Wozniak untuk menubuhkan sebuah syarikat IT dengan
logo terkenalnya iaitu epal putih yang tergigit. Syarikat itu ialah Apple.
Steve Jobs memulakan pengembaraan beliau dengan visi ingin mengubah dunia.
Selama 10 tahun beliau dan
kawannya bekerja keras untuk membina Apple. Akhirnya, Apple berkembang menjadi
syarikat besar yang menguntungkan dengan jumlah pekerja mencapai 4000 orang.
Pada tahun 1986, Apple mengeluarkan produk utamanya berupa komputer pertama
iaitu Macintosh.
Semasa Steve Jobs umur 30,
perbezaan visi antara pengarah dengan Steve Jobs menyebabkan Steve Jobs
diberhentikan. Beliau telah dipecat dari syarikat yang dibina dan dibesarkan
oleh beliau. Bagi ahli lembaga pengarah, keputusan ini adalah keputusan yang
terbaik bagi Apple kerana menurut mereka, Steve Jobs terlalu panas baran dan
keras kepala. Pengkhianatan ini sangat menyakitkan. Masa itu adalah masa Steve
Jobs mengalami salah satu kegagalan pada kehidupannya.
Dengan menggunakan prinsip
“kegagalan adalah hanya untuk diingatkan”, Steve Jobs membina syarikat lain
iaitu NeXT. Syarikat tersebut juga ditutup akibat daripada isu perkakasan dalam
produk. Akhirnya, bahagian perisian itu dijual kepada Apple, Steve Jobs kembali
ke titik permulaan beliau (Hongkiat, 2013) . Pada tahun1997, Steve Jobs kembali ke
Apple sebagai CEO. Melalui mengeluarkan produk-produk seperti Ipod, Iphone,
Ipad dan Icloud, Steve Jobs telah membuktikan kebolehannya dengan mencipta
semual imej syarikat dan menaikkan jenama Apple ke tahap yang baru.
BUDAYA KETERBUKAAN
Salah
satu ciri usahawan yang berjaya ialah bersifat budaya keterbukaan. Usahawan
yang bersifat budaya keterbukaan boleh menerima budaya yang lain dan sesuatu
yang baharu. Usahawan tersebut biasanya akan lebih berjaya daripada perniaga
yang lain kerana boleh menerima pendapat orang lain. Usahawan yang bersifat
budaya keterbukaan boleh memikirkan sesuatu idea yang baru dan berminda kreatif
dan inovasi.
Sebagai
contoh, Richard James, McDonald dan adiknya, Maurice James McDonald adalah
peneroka Amerika yang awal terhadap makanan segera. Pada tahun 1948, mereka
membuka restoran McDonald yang pertama di North E Street dan West 14th Street
di San Bernardino, California. Peniaga Amerika yang bernama Ray Kroc ingin
membeli rantaian dan menawarkan McDonald ke seluruh dunia (Kumar, 2012) . Akhirnya, McDonald
bukan sahaja menjual burger tetapi juga menjual minuman ringan, kopi, ayam,
burger keju, kentang goreng, pencuci mulut, dan sebagainya.
McDonald
merupakan satu simbol yang menuju ke hadapan dan berbudaya moden supaya negara
yang berbeza mempunyai menu yang berbeza. Ray Kroc membuat penyesuaian dengan
budaya tempatan termasuk menu, bangunan dan hiasan dalaman. Hari ini, variasi
McDonald boleh didapati di lebih 65 negara (Entrepreneur, 2008) . Ray Kroc
menggunakan strategi localisasi iaitu mencipta dan memasarkan produk yang
paling sesuai dengan sosio-budaya negara tersebut seperti rasa, status sosial,
tahap pendidikan dan sebagainya. McDonald menawarkan menu yang berbeza mengikut
budaya dan adat agama di negara-negara yang berbeza untuk menarik dan memenuhi
permintaan pelanggan negara tersebut. Salah satunya ialah negara halal akan
mempunyai burger yang halal dan negara yang tidak halal mempunyai makanan yang
tidak halal. Sebagai contoh, budaya di negara India tidak membenarkan untuk
menyembah daging lembu di negara mereka. Contoh yang lain ialah McDonald India
mempunyai menu khas yang bernama McAloo Tikki yang dibuat oleh kentang dan
croquette dalam McBun yang tempat lain tidak dapat mencari (Ward, 2014) . McDonald di
Filipina menawarkan McSpaghetti. Di Norway terdapat McLaks iaitu salmon
sandwich. Di Jepun, ejaan McDonald ini telah ditukar kepada Makudonaldo untuk
memudahkan orang Jepun mengucapkan dan dilafazkan.
Oleh
itu, McDonald menunjukkan ciri-ciri budaya keterbukaan untuk melancarkan produk
mereka disebabkan budaya yang berbeza. Mereka sentiasa mengubah idea mereka
untuk memajukan perniagaan mereka supaya dapat berkembang dengan cepat dan
baik.
BERORIENTASIKAN HASIL
Usahawan
yang berorientasikan hasil akan berusaha untuk mencapai hasil dan matlamat yang
ditetapkan dan memaksimumkan keuntungan. Usahawan akan melakukan kajian dan
penyelidikan yang rapi sebelum memulakan perniagaannya. Mereka juga akan
merancangkan dan menetapkan matlamat sama ada dalam jangka masa pendek atau
jangka masa panjang supaya dapat mencapai hasil yang lumayan.
Contohnya,
Jimmy Choo merupakan salah satu usahawan yang berorientasikan hasil. Pada tahun
1961, beliau berlahir di Pulau Pinang. Bapanya menjalankan perniagaan membuat
kasut. Beliau telah mendapat pengetahuan mengenai teknik pembuatan kasut
daripada bapanya semasa beliau masih kecil lagi. Pada umur 11 tahun, beliau
menolong bapanya dan berjaya menghasilkan kasut pertama. Beliau pergi ke London
untuk menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen. Semasa
tahun pertama beliau di London, bapanya menanggung perbelanjaannya tetapi
beliau melakukan kerja separuh masa sebagai pencuci di restoran dan kilang
kasut demi menampung pengajiannya dalam 3 tahun seterusnya. Selepas
pengajiannya tamat, beliau membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah
bangunan bekas hospital yang telah ditinggalkan. Namun begitu, jualan kasutnya
amat teruk. Setelah 4 tahun bertungkus lumus, rekaan beliau telah mendapat
liputan di satu majalah fesyen terkenal di UK yang bernama Majalah Vogue.
Selepas ini, nama Jimmy Choo mula dikenali oleh orang ramai. Namun begitu,
jualannya masih merosot menyebabkan beliau sangat kecewa (Abdullah R.
A., 2012) .
Pada
sekitar tahun 1990, mendiang Puteri Diana amat suka rekaan beliau semasa
membeli kasut beliau. Sejak hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta terhadap
rekaan Jimmy Choo dan nama Jimmy Choo terus melonjak ke pentas antarabangsa.
Beliau telah mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama dengan Tamara Mellon, iaitu
editor British Vogue pada tahun 1996. Pada April 2001, Jimmy Choo menjual
pegangan 50% dalam syarikatnya dengan harga £ 10
juta untuk menumpukan kerjanya di Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di
bawah lesen Jimmy Choo Ltd.
Sekarang,
jenama Jimmy Choo telah dikaitkan dengan kemewahan, ketulenan dan gaya. Hal ini
telah menjadi kegilaan selebriti dan artis di seluruh dunia. Contoh
pelanggannya ialah Katie Holmes dan Natalie Imbruglia. Ramai orang terkenal
menempah dan memakai kasut beliau sehingga sepasang kasut wanita dijual sampai
beribu-ribu US dollar. Kasut Jimmy Choo mula muncul dalam filem-filem terkenal
Hollywood seperti In Her Shoes (kasut digayakan
oleh Cameron Diaz) dan The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep).
Selain daripada memantau syarikatnya, Jimmy Choo berperanan
sebagai penyebar dan jurucakap. Apabila beliau berperan sebagai penyebar,
beliau mengeluarkan memo tentang produk barunya, membuat promosi, memberi
diskaun dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk menarik minat pelanggan.
Sebagai jurucakap, beliau mengeluarkan kenyataan mengenai produknya di media
massa, media cetak dan media elektronik. Jimmy Choo juga merupakan pembuat
keputusan. Beliau perlu memikirkan apa yang terbaik terhadap syarikatnya, macam
mana untuk menarik pelanggan ramai dan cara untuk mengekalkan kualiti barangan
rekaannya. Beliau juga sebagai pengagih sumber kerana beliau akan membuat
keputusan sama ada menggunakan sumber ke bahagian pengurusan, bahagian
pemasaran dan bahagian kewangan.
Secara keseluruhannya, Jimmy Choo merupakan seorang
usahawan yang berorientasikan hasil kerana beliau berusaha untuk mencapai
matlamatnya.
BERGERAK DALAM PASUKAN
Bergerak
dalam pasukan boleh ditakrifkan sebagai usahasama untuk bergiat dan menjalankan
tugas secara berpasukan. Pasukan hendaklah melibatkan setiap individu dalam
membuat keputusan kerana setiap orang dalam pasukan mempunyai satu faktor yang
menyumbang dalam operasi dan keputusan yang melibatkan perniagaan atau usaha.
Tony Hseih memberikan gambaran yang jelas tentang cara beliau mengimplikasikan
nilai bekerjasama dalam pasukan, iaitu melalui budaya syarikatnya.
Tony Hseih
merupakan seorang usahawan muda yang memperkenalkan syarikat Zappos, sebuah
syarikat yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam penjualan kasut dan pakaian secara atas talian dan
berpangkalan di Nevada, Las Vegas. Tony menyatakan yang mereka menjadikan
budaya syarikat sebagai keutamaan mereka kerana perkara seperti memberi
perkhidmatan pelanggan yang hebat atau membina jenama yang berkekalan akan
berlaku secara sendirinya sekiranya satu budaya syarikat yang bersesuaian dapat
diterapkan dikalangan pekerja. Tony Hseih menekankan dalam budaya sesebuah
syarikat, kita hendaklah bekerjasama dalam menyelaraskan organisasi bersama
ahli kumpulan yang lain. Oleh itu, Tony dan rakan kongsinya, Fred Mossler
menemuduga sendiri pekerja-pekerjanya untuk memastikan budaya dalam syarikatnya
berkekalan dan tidak diancam. Zappos mendefinisikan budaya syarikatnya dengan
10 nilai teras yang diamalkan oleh para pekerjanya. Tony Hseih menyatakan apa
yang penting dalam menggerakkan budaya sesebuah syarikat adalah menerusi nilai
teras tersebut dan menyelaraskan organisasi bersandarkan kepada nilai-nilai
tersebut kerana Tony percaya kuasa yang
menggerakkan syarikat tersebut adalah melalui penyelarasan sesebuah organisasi
dan tidak sepenuhnya terhasil melalui nilai-nilai yang diterapkan (Hennesser, p.
2009) .
PROAKTIF
Salah satu
komponen penting dalam bergiat sebagai seorang usahawan ialah dengan menanam
nilai proaktif dalam diri, iaitu membina atau mengawal sesuatu situasi dengan
menyebabkan sesuatu berlaku dan bukan hanya mengambil sesuatu tindakan setelah
sesuatu berlaku. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, usahawan yang memperkenalkan
motorsikal berjenama Honda di Malaysia.
Tan Sri membawa jenama Honda dari Jepun apabila
beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah diperkenalkan di
Malaysia ketika bercuti di negara matahari terbit tersebut. Beliau percaya
motosikal tersebut akan mendapat pasaran yang baik di Malaysia lalu memesan 12
unit motosikal menerusi syarikat Honda Motor Japan Limited. Masyarakat mentertawakannya
kerana memperkenalkan motorsikal Honda di Malaysia kerana masyarakat menganggap
motorsikal tersebut tidak berguna dan mudah rosak namun persepsi masyarakat
tidak mematahkan semangatnya untuk memperkenalkan Honda di Malaysia sehinggalah
Honda menjadi sebutan ramai pada tahun 1963.
Kemampuan beliau untuk menghidu peluang
pasaran baik terhadap kenderaan motosikal Honda dan mengambil tindakan awal
dengan memesan 12 unit motorsikal Honda telah menjadikan jenama Honda tidak
asing lagi di atas jalan raya Malaysia dan sebagai kenderaan bermotor ketiga
terlaris di negara ini sejak tiga tahun lalu. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew juga
berjaya meyakinkan pengeluar kenderaan bermotor Honda untuk melantik beliau
menjadi pengedar tunggal Honda di Malaysia (Utusan, 1999) .
Boleh saya tahu nama penulis blogger ni? Saya nk jadikan rujukan assignment. Thnkyou
ReplyDelete