Wednesday, 27 April 2016

BIOGRAFI TOKOH USAHAWAN PILIHAN - TAN SRI DATO LOH BOON SIEW -




Sering kita melihat deruan motosikal mencelah antara kereta di jalan raya. Namun jarang kita mengambil inisiatif untuk mengambil tahu pembawa inovasi motosikal ke bumi Malaysia. Motosikal Honda, adalah antara kenderaan bermotor dan bertayar dua yang terawal diperkenalkan di Malaysia. Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew merupakan individu yang bertanggungjawab membawa masuk motorsikal dari model Honda Boon Siew ke Malaysia.
Dato Loh Boon Siew dibesarkan di Kampung Hui, Daerah Fukian, yakni daerah yang dikenali sebagai antara kawasan miskin di China pada suatu ketika dahulu. Mendiang tidak berpeluang  melanjutkan pelajaran di peringkat persekolahan sejak kecil atas faktor kemiskinan. Beliau melalui kehidupan yang sukar apabila terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarganya sejak berusia 12 tahun. Namun kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan pada usia 18 tahun, beliau sering memikirkan cara untuk mendapatkan peluang berbuat demikian dan berjaya membuka kedai barang ganti kenderaan dan memiliki 40 buah bas selepas 7 tahun kemudian. Selepas Perang Dunia kedua tamat, Dato Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British (Flower & Lim, 2006).
Honda mula dikenali apabila pada tahun 1958 Dato Loh melawat Jepun untuk bercuti. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini dan terus membuat perjanjian dengan memesan 12 unit motorsikal. Tindakan beliau adalah antara langkah-langkah awal yang diambil untuk memperkenalkan Honda di Malaysia.
Read more>>

Berani Mengambil Risiko
Mendiang Dato Loh merupakan seorang usahawan yang berani mengambil risiko secara terbuka apabila mengusahakan perniagaannya. Beliau dapat menilai potensi yang ada pada motosikal Honda yang dilihatnya ketika bercuti di Jepun. Menurut Utusan Online(1999), Dato’ Loh mengejar motosikal Honda yang dilihatnya di Jepun hanya untuk melihat dengan lebih dekat ciri-ciri yang ada pada motosikal terbabit. Dato’ Loh merasakan motosikal Honda akan mendapat pasaran yang baik di Malaysia kerana berpendapat motosikal Honda yang mempunyai saiz yang kecil dan ringan sesuai diperkenalkan untuk orang Asia yang ratanya berbadan kecil sekiranya dibandingkan dengan motosikal buatan Eropah. Dato’ Loh mengambil risiko dengan memesan sebanyak 12 unit motosikal Honda untuk dibawa pulang ke Malaysia. Beliau juga menjual motosikal tersebut kepada rakan-rakannya tanpa memperolehi untung untuk melihat tahap permintaan terhadap motosikal Honda di Malaysia.

Proaktif
 Nilai proaktif yang terdapat pada mendiang Dato’ Loh dapat dilihat apabila beliau mampu untuk menghidu peluang pasaran baik terhadap kenderaan motosikal Honda dan mengambil tindakan awal dengan memesan 12 unit motorsikal Honda telah menjadikan jenama Honda tidak asing lagi di atas jalan raya Malaysia dan sebagai kenderaan bermotor ketiga terlaris di negara ini sejak tiga tahun lalu. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew juga berjaya meyakinkan pengeluar kenderaan bermotor Honda untuk melantik beliau menjadi pengedar tunggal Honda di Malaysia.

Berwawasan
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew juga merupakan usahawan yang berwawasan di mana beliau berfikiran jauh apabila melibatkan perniagaan yang ingin diusahakannya. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang terletak di Mak Mandin agar jualan dan permintaan terhadap motorsikal dapat dipenuhi secara konsisten supaya motorsikal Honda masih dapat dikeluar dan dijual di Malaysia sekiranya berlaku masalah di Negara Jepun Ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos jualan akibat cukai import yang dikenakan terhadap setiap motorsikal yang diimport terus dari Jepun.Walaupun Boon Siew Sdn Bhd telah berjaya menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan disegani di dalam bidang permotoran, Dato Loh mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan Boon Siew Sdn Bhd di Bursa Malaysia. Sehingga hari ini, Boon Siew Sdn Bhd masih lagi menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad. Ini secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan syarikat kerana pegangan saham syarikat adalah terhad kepada keluarga Dato Loh atau pihak yang berkepentingan dengan Dato Loh sahaja.

Berorientasikan Budaya
Selepas negara Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, budaya sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Rakyat Tanah Melayu mula mengenali motosikal oleh penjajah yang berkuasa ketika sebelum kemerdekaan tetapi motosikal yang berjenama Norton dibawa masuk penjajah tidak sesuai dibawa oleh ornag di Tanah Melayu atas faktor saiznya yang tidak bersesuaian dengan saiz tubuh badan orang di Tanah Melayu yang rata-ratanya kecil. Tan Sri Loh Boon Siew telah sedar akan masalah perubahan sosiobudaya ini lalu mengambil peluang memperkenalkan ‘motosikal cub’, iaitu sejenis motosikal keluaran Honda yang lebih kecil dan ringan sekiranya dibandingkan dengan Norton. Jelas disini bahawa Dato Loh merupakan seorang yang bermenitik beratkan perubahan dalam budaya masyarakat di Malaysia.

Memberi perhatian

Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna kerana sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran setelah  menyedari persekitaran ekonomi juga mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan (Flower & Lim, 2006). Contohnya, syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor Co Ltd melihat Malaysia adalah sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran yang besar. Oleh itu, Honda telah melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia.

No comments:

Post a Comment