Sering kita melihat deruan motosikal
mencelah antara kereta di jalan raya. Namun jarang kita mengambil inisiatif
untuk mengambil tahu pembawa inovasi motosikal ke bumi Malaysia. Motosikal
Honda, adalah antara kenderaan bermotor dan bertayar dua yang terawal
diperkenalkan di Malaysia. Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew merupakan
individu yang bertanggungjawab membawa masuk motorsikal dari model Honda Boon
Siew ke Malaysia.
Dato Loh Boon Siew dibesarkan di Kampung
Hui, Daerah Fukian, yakni daerah yang dikenali sebagai antara kawasan miskin di
China pada suatu ketika dahulu. Mendiang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat
persekolahan sejak kecil atas faktor kemiskinan. Beliau melalui kehidupan yang
sukar apabila terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarganya
sejak berusia 12 tahun. Namun kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan
pada usia 18 tahun, beliau sering memikirkan cara untuk mendapatkan peluang
berbuat demikian dan berjaya membuka kedai barang ganti kenderaan dan memiliki
40 buah bas selepas 7 tahun kemudian. Selepas Perang Dunia kedua tamat, Dato
Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi
ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British (Flower & Lim, 2006).
Honda mula dikenali apabila pada tahun 1958
Dato Loh melawat Jepun untuk bercuti. Di Jepun beliau ternampak sebuah
motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin
mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini dan terus membuat perjanjian dengan
memesan 12 unit motorsikal. Tindakan beliau adalah antara langkah-langkah awal
yang diambil untuk memperkenalkan Honda di Malaysia.
Read more>>
Read more>>